Serdang, 24 Sep: Kurang 24 jam sebelum hari mengundi, gerakan baru mahasiswa di UPM, Siswa Penggerak Universiti (SPU) hari ini perkenalkan kabinet mereka di laman maya.
Walau bagaimanapun, kabinet tersebut disifatkan misteri kerana menggunakan 'kod rahsia' sebagai simbolik kepada jawatan atau hierarki gerakan tersebut.
Berdasarkan poster dikeluarkan, hierarki teratas diwakili dengan gambar ikon seorang lelaki bertali leher dan memakai blazer duduk di atas kerusi pejabat bergelar 'STAR'.
Dalam poster yang sama, bawah daripada STAR, diwakili dengan gelaran BMW, ROLLER COASTER DAN TRIPLE B (setaraf) serta paling bawah bergelar LRT. Gelaran-gelaran tersebut menimbulkan tanda tanya kalangan pelajar apabila mereka mengasak soalan kepada ketua gerakan tersebut, Muhammad Arif Baba melalui laman facebook beliau. Namun, tiada sebarang respon balas daripadanya.
Dalam perkembangan yang sama, gerakan mahasiswa dengan moto 'dari pelajar kepada pelajar' itu telah mengumumkan senarai calon mereka yang bertanding petang hari ini walaupun tidak menamakan calon mereka pada hari penamaan. Seramai 18 orang calon SPU terdiri daripada calon fakulti dan umum bakal bertanding.
Polemik berkaitan gerakan SPU terus disebut-sebut selepas ketua jentera Aspirasi, Arif Baba isytihar berundur dari kumpulan itu lalu menubuhkan gerakan yang disifatkannya bebas dari pengaruh politik luar.
Sementara itu, dua kumpulan utama yang bertembung sengit dalam pilihanraya kampus UPM sebelum ini, Aspirasi dan Pro-Mahasiswa sehingga kini masih 'membisu' dan belum memperkenalkan calon dari kumpulan masing-masing. Walau bagaimanapun, Aspirasi pernah mendakwa 18 calon mereka telah menang tanpa bertanding sebelum ini namun tidak pasti kebenaran dakwaan itu.-PutraNews

{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment