UPM kedudukan ketiga terbaik portal/laman web IPTA

on 18 Dec 2012


SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukan peningkatan dalam penyediaan laman web dan portal dengan mendapat kedudukan ketiga daripada 12 terbaik antara 20 institusi pengajian tinggi (IPTA) pada tahun 2012 berbanding kedudukan kesepuluh dan 4 bintang pada tahun sebelumnya.
UPM yang berkongsi kedudukan dengan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) mencatatkan skor 92 dan mendapat lima bintang. Kedudukan pertama dikongsi oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM)  dan Universiti Malaysia Terengganu  (UMT) yang mendapat skor 94 sementara kedudukan kedua dengan skor 93 diraih oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).
Keputusan itu juga meletakkan UPM di kedudukan sebelas daripada 77 Kedudukan Portal Keseluruhan yang dinilai terhadap 554 agensi-agensi kerajaan dengan mendapat skor 92 dan lima bintang.

Penilaian dibuat  dari segi isi kandungan, kebolehgunaan, keselamatan, penyertaan dan bonus yang terdapat dalam portal laman web.

Tahun 2012 menandakan tahun ke-7 Portal Kerajaan Malaysia dan Penilaian Laman Web (MGPWA) dijalankan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) bertujuan untuk menyokong agensi-agensi kerajaan dalam mempromosikan perkhidmatan dalam talian dan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat melalui laman web atau portal.

Portal myGovernment bertindak sebagai gerbang tunggal untuk agensi kerajaan di Malaysia . MGPWA juga boleh dianggap sebagai parameter portal / laman web atau rujukan bagi agensi-agensi dari segi penyampaian perkhidmatan .



sumber: http://www.upm.edu.my/berita/details/portallamanwebketigabm
Tag :

UPM-Texas Instrument Jalin Kerjasama

on 24 Nov 2012


SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi universiti pertama di Asia Tenggara untuk 'Program Universiti Texas-Instruments (TI)' menerusi kerjasama dengan TI untuk memperkukuhkan kepakaran pelajar dalam ujian elektronik analog dan kejuruteraan produk.

Texas Instruments merupakan syarikat semi-konduktor dan pengeluar litar bersepadu (IC) analog terbesar di dunia.

Timbalan Naib Canselor UPM, Prof Datuk Ir Dr Mohd Salleh Jaafar berkata, misi universiti adalah memberi sumbangan bermakna kepada penjanaan kekayaan, pembangunan negara dan kemajuan manusia menerusi pendedahan dan penyebaran ilmu.

"Kami menggalakkan fakulti-fakulti di universiti untuk mempertingkatkan kerjasama mereka dengan industri di negara ini mahupun antarabangsa.

"Oleh itu, kerjasama UPM dan Texas Instruments selama tiga tahun bagi fasa pertama yang bermula pada Januari tahun depan menjadi penambahbaikan dalam kemudahan pembelajaran dan kepakaran para pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UPM dan Texas Instruments Malaysia di sini, Khamis.

Menerusi kerjasama ini, Texas Instruments akan melibatkan Teradyne, peneraju pembekal Peralatan Ujian Automatik (ATE) untuk peranti semi-konduktor elektronik analog yang menyediakan kemudian penguji, latihan dan sokongan teknikal kepada golongan profesor dan pelajar di UPM dalam program sarjana muda elektronik.

Dr Mohd Salleh berkata, UPM mahu memperkukuhkan bidang kejuruteraan selain makanan dan pertanian.
"Kita mahu ke hadapan melahirkan bakat-bakat dan pakar-pakar di kalangan pelajar menerusi pendedahan yang lebih baik.

LOGO SYARIKAT TEXAS INSTRUMENTS
"Kompetensi mereka ini kelak diharapkan dapat mewujudkan peluang kerjaya lebih cerah dalam industri kejuruteraan," katanya.

Mengenai kerjasama tersebut, Dr Mohd Salleh berkata, dianggarkan seramai 150 pelajar dari Fakulti Kejuruteraan akan mengikuti model berkenaan secara berperingkat dalam fasa pertama.


"Kerjasama tiga tahun ini adalah permulaan dan persediaan. Ia akan diteruskan bagi mempertingkatkan kepakaran para pelajar secara berterusan," katanya, sambil menambah pada masa ini terdapat kira-kira 3,000 pelajar di Fakulti Kejuruteraan UPM.


Sementara itu, Pengarah Urusan Texas Instruments Malaysia, Eduardo Bernal berkata, pemilihan UPM untuk kerjasama ini bukan calang-calang kerana ia dinilai berdasarkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta keupayaan tenaga pengajar dan pelajar.

"Kami melihat fakulti kejuruteraan (UPM) mempunyai potensi untuk diperkembangkan di samping mempertingkatkan pengetahuan terhadap jurutera yang dilahirkan oleh universiti pada masa akan datang," katanya.

Bernal menambah, kerjasama dengan UPM menunjukkan signifikan baru bagi Texas Instruments yang sudah pun mengadakan hubungan strategik khususnya dalam kepakaran teknologi dan kejuruteraan dengan ratusan universiti di seluruh dunia selain Asia Tenggara.

Texas Instruments mula bertapak di Malaysia sejak 40 tahun lalu pada tahun 1972 dalam komitmennya untuk membangunkan persediaan bakat kejuruteraan di negara ini.

-Sumber dari Mstar Online-
Tag :

Bingkisan Buat Gaza

on 16 Nov 2012


Bumi Palestin tidak pernah lekang daripada terus di sirami dengan dengan, di hujani dengan peluru, di basahi dengan air mata, di tangisi dengan teriakan Muslim. Saban hari dada mereka terus dirobek, tanah air mereka terus di rampas, kehidupan mereka terus di tindas, di himpit, bahkan di sekat bukan sahaja daripada bantuan ekonomi, malahan bantuan kemanusiaan turut di kekang. Tekanan yang menghimpit bukan sahaja dari dalaman dengan penderitaan, kemusnahan harta benda, kehilangan nyawa bahkan di tambah pula dengan tekanan dari.. Tetapi kemahuan dan pendirian mereka untuk TERUS MEMPERTAHANKAN martabat dan maruah ISLAM di bumi al-Quds tidak pernah pudar, tidak pernah padam. Bahkan semakin kuat tekanan, semakin getir penderitaan, semakin tegar dan semakin kental semangat perjuangan mereka.

Amat menyayat hati bila mana kita melihat keadaan di sana, bahkan jika kita merasainya pasti lebih pedih. Jika di taqdirkan aku berada di sana, belum tentu aku berani mampu untuk berjuang dan berkorban seperti mereka yang yang telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir bahkan hingga syahid di medan jihad. Itulah medan juang yang tertinggi dalam syariat Islam bila mana dapat merasai kemanisan dan keseronokan gugur syahid di jalanNya.

Ramai yang menunjukkan protes terhadap kekejaman demi kekejaman, kezaliman demi kezaliman yang dilakukan oleh Zionis ke atas umat Islam di Palestin khususnya. Protes yang dibangkitkan sama ada dengan menukar DP media sosial sama ada Facebook, Tweeter etc, berkongsi kisah dan cerita yang dikutip daripada perkongsian daripada aktivis dan asatizah, melahirkan rasa kesal melalui lisan, tulisan, dan lakaran, membuat kutipan derma untuk bantuan Palestine, mengirimkan Qunut Nazilah, memboikot barangan dan perkhidmatan dari Yahudi, bahkan terkini penduduk dunia sama ada Islam atau pun tidak, di Barat mahu pun di Timur, bahkan di seluruh pelosok dunia membuat demonstrasi sebagai tanda protes.

PERSOALAN, di manakah KITA?

Sebagai golongan marhein ini lakukanlah sebarang bentuk tindakan dan perbuatan sebagai tanda protes kita kepada Yahudi Zionis.

Mungkin jika kita memboikot barangan dan produk yang berasal dari Yahudi dan Zionis, tidak seberapa memberikan impak dan kesan kepada perniagaan dan perusahaan mereka, bahkan jika kita sebagai Umat Islam berganding bahu dan bersatu hati melancarkan boycott ke atas mereka, hanya memberikan impak yang sedikit sahaja sedangkan di luar sana masih ramai lagi yang berterusan sama ada yang Muslim mahu pun non-Muslim. Benar ini tidak dapat di nafikan. Sekurang-kurangnya bila di akhirat kelak, bila mana di persoalkan oleh ALLAH swt di hadapannya, kita telah terlepas kerana kita telah berusaha sedaya mampu untuk membantu mereka walaupun tindakan kita ini kerana kita telah berusaha sedaya upaya di atas kapasiti dan kemampuan kita. ALLAH swt tidak melihat kepada HASIL, tetapi ALLAH swt akan menilai apakah USAHA kita demi mendapatkan hasil.

BERDOALAH…
Daripada Abu Darda’ al-ansari, Rasulallah saw bersabda:
“Doa seseorang Islam terhadap saudaranya di belakangnya amat mustajab, di sisi kepalanya terdapat malaikat yang diwakilkan tatkala berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, nescaya malaikat yang diwakilkan itu berkata: ‘Amin, dan bagi kamu seumpama itu.”
(riwayat Muslim)
Mungkin ada yang mempersoalkan adakah hanya dengan kiriman doa sahaja bantuan dan pertolongan kita kepada mereka? YA!! Ini di antara salah satu daripada pertolongan yang dapat dilakukan oleh seluruh umat Islam sama ada kaya atau miskin, hina atau mulia, hitam atau putih. Teruskanlah memanjat doa untk mereka dengan merintih dan mengadu kepadaNya. Antara termasuklah doa Qunut Nazilah yang ditunjukkan oleh Nabi saw ketika mana mengetahui para Qurra’ di utuskan kepada satu qabilah Arab di Najd telah di bunuh.
BERDOALAH dengan penuh KEIKHLASAN..
Insan yang hanya semata mengharapkan ALLAH swt bukanlah hanya dinilaikan dengan pakaian, gelaran, mahu pun jawatan. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapakah setelah sekian lamanya seseorang berdoa walau pun doanya adalah ke atas mereka yang dizalimi tetapi tampak seolah-olah tidak ditunaikan mahupun dikabulkan permintaanya.

Pertamanya, ALLAH swt mungkin telah menolongnya, sedangkan kita tidak menyedarinya. Mungkin jua kita tidak tahu apakah yang terpendam di dadanya, tersimpan di hatinya. Hanya ALLAH swt yang Maha Mengetahui segalanya. Betapa ramai manusia yang menyebut “Ya ALLAH… Bantulah aku”, tetapi sedangkan hati dan sanubarinya masih lagi terus bergantung dan terikat kepada makhluk, tiada pergantungan kepada KHALIQ. Mungkin kedengaran sayu mereka merintih, namun pergantungannya tidak bulat ikhlas kepada YA RABB.

Sebaliknya bila mana kita melihat seseorang yang memanjatkan doa kepada ALLAH swt yang kelihatan ‘biasa’ sahaja, tetapi acap kali dia menyebut “YA ALLAH.. Bantulah aku…”, pertolongannya sampai kepadaNya. Ini karena  rohnya yang penuh bergantung dan berharap  hanya kepada ALLH swt tanpa wujud yang selainNya. Nabi saw bersabda yang bermaksud:
“Boleh jadi orang yang kusut masai, berdebu, yang dihalau di pintu (tidak diterima kedatangannya), jika dia bersumpah dengan nama ALLAH, nescaya DIA tunaikan.”
(riwayat Muslim)
Teruskanlah merintih dan memanjatkan doa kepada mereka yang tidak pernah gentar untuk berjuang, tidak pernah takut akan kematian walau mungkin doa kita tidak didengari oleh yang lain, tidak dapat disaksi oleh orang sekeliling. Mudah-mudahan dengan keikhlasan dalam kita memohon kepadaNya doa kita akan dimaqbulkan..
https://www.facebook.com/pages/Sharing-is-Loving/386398324719924
credit kepada “Sharing is Lovong “

Walau apa pun pertolongan yang kita kirimkan kepada mereka, lakukanlah dengan penuh keikhlasan dan biarlah kelihatan kecil dan sedikit pada mata kasar, tetapi teruskanlah istiqamah kita terus memohon, mengadu, merintih dan merayu kepada ALLAH swt moga dengan itu menjadi salah satu perjuangan dan pertolongan yang mampu kita titipkan. Bukanlah hasil akhir yang akan dipertikaikan, tetapi persoalan bagaimanakah dan dimanakah USAHA kita untuk menuju kepada hasil akhir kelak yang akan dipersoalkan..TAKBIR! ALLAH AKBAR!!


Hasil Karya:
Muhamad Amiruddin Bin Hassan
http://madahannan.wordpress.com
Tag :

Renang sumbang 3 emas untuk UPM

on 31 Oct 2012

KUALA LUMPUR- Bekas perenang kebangsaan yang juga merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Chui Lai Kwan menunjukkan aksi yang begitu membanggakan apabila menyumbang 3 emas di dalam acara renang Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Lai Kwan memenagi emas dari acara 800 meter gaya bebas individu wanita, 400 meter rampaian dan 200 meter kuak lentang. Lee kwan juga akan menyertai 12 acara pada temasya kali ini.

"Saya ingin menyumbang lebih banyak pingat kepada kontijen UPM" ujarnya ketika ditemui.

UPM mendahului kontijen lain dalam acara renang dengan punggutan 3 emas dan 1 perak diikuti Universiti Sains Malaysia (USM) dan ketiga ialah Universiti Malaya (UM).

1 perak buat kontijen UPM disumbangkan oleh Lee Zhien Huey dalam acara 800 meter gaya bebas individu wanita.

Lai Kwan kali terakhir mewakili negara ialah pada Kejohanan Akuatik Asia Tenggara di Singgapura, Jun lepas yang juga merupakan kelayakan Olimpik London 2012.

Tag :

Outstanding Young Malaysian milik pensyarah UPM

on 30 Oct 2012

SERDANG- Pensyarah dan juga merupakan seorang penyelidik, Prof Dr. M.Iqbal Saripan,32, telah memenangi anugerah Outstanding Young Malaysian di dalam katogeri Inovasi Perubatan yang berlangsung di Ten Outstanding Young Malaysian(TOYM) 2012.

Dr Iqbal bersama Sijil dan Trofi bagi anugerahnya
Dr Iqbal yang juga merupakan Ketua Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan UPM, memfokuskan penyelidikan didalam bidang memprosesan isyarat (signal processing)/pengimejan digital, pemgimejan perubatan, kejuruteraan bioperubatan dan juga proses video dan audio.

Beliau menemui satu cara yang inovative bagi mengesan sel kanser secara awal melalui pengimejan nuklear, yang dikenali sebagai Wired Network collimator, dimana ia dapat mengesan sel kanser sekecil 1 milimeter dan juga telah mengubah suai collimator ini supaya ia tidak memberikan kesan sampingan radiasi kepada pesakit.

"Inovasi perubatan bukan sahaja melibatkan penyertaan pesakit dan doktor perubatan, tetapi juga jurutera Mesin-mesin diagnostik yang paling canggih di hospital-hospital adalah sebenarnya hasil daripada kemajuan dalam sains kejuruteraan ", jelas beliau.

"Kewujudan bersama maklumat perubatan dan kejuruteraan telah menghasilkan satu bidang baru iaitu kejuruteraan bioperubatan. Bidang ini pelbagai disiplin menggabungkan kepakaran dari latar belakang yang berbeza untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu kemajuan kemudahan perubatan untuk manfaat masyarakat," kata Dr Iqbal di dalam ucapannya selepas menerima sijil dan trofi bagi anugerah yang disandang.

Selain Dr Iqbal, terdapat dua lagi penyelidik UPM iaitu Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi yang juga dari Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi dan seorang lagi iaitu Assoc. Prof. Dr. Cheah Yoke Kqueen dari Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan.

TOYM 2012, yang merupakan kali ke-27 dalam siri anugerah tahunan , dianjurkan oleh Junior Chamber International Kuala Lumpur, Mandarin seksyen (JCIM) untuk mengiktiraf pencapaian penyelidik muda pencipta dan Malaysia yang berusia antara 18 dan 40 tahun dalam bidang masing-masing dan sumbangan mereka untuk kebaikan umum masyarakat.  
Tag :

Tahniah Buat Graduan Universiti Putra Malaysia

on 13 Oct 2012


Tag :

NC:Lorong Berbasikal, Laluan Berbumbung Pejalan Kaki, Atasi Masalah Pengangkutan Pelajar

Serdang, 13 Okt: Kemuncak masalah pengangkutan awam pelajar UPM yang didakwa pelajar berpunca daripada bas yang tidak cukup selepas tender yang bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan pengangkutan bas bertukar, dijangka surut tidak lama lagi.

Berikutan masalah tersebut yang makin ketara, sekumpulan pelajar tidak dikenali mendesak pihak pentadbiran menyelesaikan segera isu tersebut dengan melancarkan laman dinamakan "Kami Tuntut Pihak UPM Selesaikan Isu Bas."


Laman tersebut menceritakan keluhan pelajar secara terbuka dan menyifatkan bukan bertujuan membuat provokasi dan bukan tujuan politik.


Ahmad Meseiry
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPPUPM) yang baru dilantik, Ahmad Meseiry Abd Hakim Amir memberi perhatian serius keluhan pelajar bertanggungjawab menjadi pihak tengah antara pelajar dan pentadbiran. Turut terlibat, ahli MPPUPM yang lain dijangka menubuhkan jawatankuasa khas menyelesaikan isu ini.

Meseiry mendedahkan bahawa bas yang disewakan hanya 12 buah semasa tempoh percubaan dikatakan tidak menampung kapasiti pelajar yang menghuni di 17 kolej sekitar UPM. UPM pernah menyewa 20 buah bas ketika Suasana Edaran Sdn Bhd mengendalikan perkhidmatan pengangkutan utama pelajar tersebut. 


Jenis bas tambahan milik SKS KL

Beliau yang turut berbincang dengan unit pengangkutan UPM, memberitahu 4 buah bas tambahan milik syarikat SKS KL disediakan Khamis lepas sebagai langkah segera. Selain itu, aduan berkaitan bas yang tidak beroperasi pada waktu sepatutnya turut disiasat.

Naib Canselor, Dato' Ir. Dr. Radin Umar Sohadi yang kerap berhubung dengan wakil pelajar pula memberitahu bahawa sistem sedia ada hanya untuk beberapa minggu sahaja kerana universiti sedang membuat tender baru sistem bas, membina laluan pejalan kaki dan laluan basikal.


Terbaru, beliau menyatakan sedang mengusahakan lorong berbasikal dan medan berbumbung pejalan kaki termasuk berbincang dengan beberapa pegawai pakar trafik, pengangkutan dan lanskap untuk mewujudkan sistem pengangkutan yang lebih lestari.


Antaranya, zon berbasikal yang selesa dengan ciri 2.4m lebar minima, contra flow, shades, rest areas, croasing facilities, interconnected dan sebagainya. Lukisan pelan bakal dipamerkan untuk ulasan pelajar sebelum projek pembinaan diteruskan.

Ahmad Bukhari

Sementara itu, YDP MPPUPM, Ahmad Bukhari A. Rahim pula berpandangan sebagai langkah pertama, pihaknya (MPPUPM) akan membuat kaji selidik dan mendapatkan cadangan daripada pelajar termasuk menjalankan kempen 'kampus hijau'. 


Masalah pengangkutan awam kampus UPM dikatakan bukan masalah baru kerana dikaitkan faktor geografi dan kedudukan fakulti yang terpisah dengan kolej. Isu ini sering dibangkitkan sejak tahun-tahun lepas oleh badan kepimpinan pelajar, persatuan-persatuan, pertubuhan pelajar dan gerakan mahasiswa di UPM.-Harian Putra
Tag :

Lagi Kebakaran Bilik di Serumpun, Kebakaran Kedua selepas 10 bulan

on 1 Oct 2012

Serdang, 1 Okt – Satu kejadian kebakaran telah dilaporkan berlaku sekitar jam 8.30 malam tadi di sebuah blok kediaman pelajar Kolej 12, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Gambar Dari Blok Bersebelahan
Kejadian yang berlaku di blok L4 yang menempatkan pelajar perempuan itu disedari oleh penghuni blok kediaman yang bersebelahan apabila melihat api dan asap yang keluar dari bilik yang terlibat.

Menurut sumber awal, kejadian berlaku akibat komputer riba pelajar meletup dan telah mengakibatkan langsir dan tilam di bilik tersebut terbakar. 

Pihak Keselamatan UPM dibantu pasukan Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan tiba sejurus kejadian tersebut dilaporkan. Pihak penyelamat mengalami kesukaran dalam mengawal kebakaran kerana pintu dikunci dari dalam kerana semasa kejadian, penghuni tiada di bilik.

Sumber lain pula memberitahu, tiada komputer riba dalam bilik tersebut dan punca kebakaran belum dikenalpasti. Tambahnya lagi, sebelum pihak bomba sampai, beberapa pelajar lelaki nekad memecah pintu bilik dan memadam api yang sedang marak. Bomba tiba selepas api padam.
Gambar Selepas Kejadian

Pelajar telah diarahkan mengosongkan blok kediaman berkenaan serta merta dan ditempatkan sementara di Dewan Putra 2 berdekatan sehingga selesainya proses mengawal kebakaran. Bekalan elektrik juga terputus berikutan kebakaran tersebut. Pelajar dibenarkan pulang ke bilik masing-masing dan bekalan elektrik pulih semula.pada 10.20 malam.

Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak Bomba dan Penyelamat.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Walau bagaimanapun, berlaku pertindihan maklumat yang dilaporkan saksi kejadian menyebabkan pihak media sukar mendapat gambaran sebenar.

Tahun lepas, insiden kebakaran turut pernah berlaku di blok L2, Kolej 16 pada 30 November berpunca daripada litar pintas akibat penggunaan perkakas elektrik yang bervoltan tinggi.-PutraNews

Tag :

PASCA PRK UPM 2012: Kenyataan Media Pro-Mahasiswa UPM

on 25 Sep 2012



KENYATAAN MEDIA
PRO MAHASISWA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
berhubung
KEPUTUSAN PILIHANRAYA KAMPUS UPM SESI 20212/2013


Pendahuluan
Demam pilihanraya kampus akhirnya sampai ke kemuncaknya setelah selesainya proses pengundian dan penjumlahan undi semalam. Akhirnya, debaran untuk mengetahui siapakah yang terus memegang tampuk kepimpinan kampus juga terlerai sudah. Pro-Mahasiswa UPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon yang telah mendapat kemenangan dan kepercayaan mahasiswa. Buat yang tidak menang, teruskan bersatu dan sama-sama mengembleng tenaga ke arah meningkatkan prestasi diri dan mengharumkan nama universiti sebagai kampus lembah ilmu yang berprestij di dalam dan luar negara.
Kenyataan Pro Mahasiswa UPM
1. Pro-mahasiswa UPM juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada jawatankuasa yang melaksanakan pilihanraya kampus UPM khususnya Naib Canselor Universiti, Dato’ Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi yang telah membuka ruang baru ke arah menghidupkan kembali demokrasi kampus seterusnya memberi ruang kepada proses pemilihan untuk berjalan dengan adil dan lancar.
2. Keputusan pilihanraya kampus 2012/2013 menyaksikan bahawa calon daripada Pro-Mahasiswa UPM telah mendominasi 7 daripada 11 kerusi UMUM yang dipertandingkan. Meraikan semangat dan budaya politik baru yang lebih matang, Pro-Mahasiswa UPM sebelum ini tidak mengumumkan secara rasmi calon daripada Pro-Mahasiswa yang bertanding supaya proses pemilihan dan penilaian mahasiswa berlaku secara lebih adil dan saksama tanpa dipengaruhi oleh mana-mana kumpulan tertentu. Kemenangan ini juga membuktikan, Pro-Mahasiswa UPM terus sukses dalam melahirkan mahasiswa yang berkaliber dan mampu membawa agenda mahasiswa kea rah yang lebih baik.
3. Pro-Mahasiswa UPM mengharapkan, kerajaan mahasiswa yang terbentuk hasil mandat seluruh mahasiswa UPM kali ini, mampu memjaga kebajikan seluruh mahasiswa di samping menaikkan nama universiti sebagai kampus hijau yang berprestij. Pro-Mahasiswa UPM juga menggesa agar calon-calon daripada Pro Mahasiswa yang bertanding kali ini agar menumpukan tugas menjaga kebajikan, keselamatan dan meningkatkan mutu akademik mahasiswa atas amanah dan mandate yang diterima. Pro-Mahasiswa UPM menggesa agar urusan pentadbiran kerajaan mahasiswa kali ini diserahkan sebulatnya kepada mahasiswa yang menang. Pro-Mahasiswa UPM juga dengan ini mengisytiharkan bahawa tidak akan menggunakan calon Pro-Mahasiswa UPM yang telah memenangi kerusi untuk kepentingan Pro-Mahasiswa UPM dan bersedia untuk mengkritik calon Pro-Mahasiswa UPM yang tidak bekerja dan menjaga kebajikan mahasiswa.
4. Walaubagaimanapun, pro-mahasiswa akan terus menjadi agen semak imbang kepada kerajaan mahasiswa yang dibentuk dan pentadbiran universiti bagi memastikan agar suara mahasiswa di kampus terus didengari dan hak dan kebajikan mahasiswa sentiasa diberi perhatian.
Cadangan Dan Penambahbaikan
Berhubung kerajaan mahasiswa yang baru dibentuk, Pro Mahasiswa UPM menggesa agar beberapa penambahbaikan segera diadakan.
1. Penstrukturan semua organisasi MPP. Mengambil contoh system pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia yang terdiri daripada kerajaan pusat dan kerajaan negeri, Pro-M UPM mencadangkan agar system ini diwujudkan di kampus UPM. Ini bermakna, calon yang memenangi kerusi umum akan menganggotai organisasi MPP di peringkat universiti manakala calon yang memenangi kerusi fakulti akan membentuk jawatankuasa khas di peringkat fakulti masing-masing. Pembahagian ini perlu dibuat bagi membolehkan pertubuhan mahasiswa di peringkat fakulti dapat dimaksimakan peranannya seterusnya membentuk suasana universiti yang lebih ilmiah dan akademik.
2. Pemberian autonomi sepenuhnya kepada kerajaan mahasiswa yang dibentuk tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak samada di dalam mahupun luar kampus. Autonomi yang diberikan ini mampu membentuk kepimpinan mahasiswa yang mampu membawa suara dan memperjuangkan hak mahasiswa secara lebih adil dan telus.
3. Pro-Mahasiswa UPM menggesa agar mandat yang diberikan oleh majoriti daripada keseluruhan mahasiswa UPM dihormati dengan memberikan kuasa dan memfungsikan kembali calon yang menang di kerusi umum sebagai kepimpinan tertinggi dalam kerajaan mahasiswa yang dibentuk.
Penutup
Pro-Mahasiswa UPM berharap agar semua pihak terus bersatu dan bersama mengembleng tenaga samada di peringkat mahasiswa mahupun pentadbiran universiti bagi memastikan hak dan kebajikan mahasiswa dijaga dengan sebaiknya di samping mewujudkan suasana kebebasan berakademik yang lebih meluas bagi membentuk suasana intelek dan lembah ilmu itu terus terpelihara.
Sekian, terima kasih
Oleh:
Pro-Mahasiswa UPM

Kenyataan media di atas adalah pendirian pihak tersebut dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi PutraNews. PutraNews tidak bertanggungjawab atas kekurangan dan kesilapan sekiranya ada pada kenyataan tersebut. 

Sebarang artikel atau pandangan untuk dipaparkan, sila emel ke surat.putranews@gmail.com
Tag :

18 Calon SPU Bertanding, 'Kabinet' Misteri Jadi Tanda Tanya

on 24 Sep 2012

Serdang, 24 Sep: Kurang 24 jam sebelum hari mengundi, gerakan baru mahasiswa di UPM, Siswa Penggerak Universiti (SPU) hari ini perkenalkan kabinet mereka di laman maya.

Walau bagaimanapun, kabinet tersebut disifatkan misteri kerana menggunakan 'kod rahsia' sebagai simbolik kepada jawatan atau hierarki gerakan tersebut. 

Berdasarkan poster dikeluarkan, hierarki teratas diwakili dengan gambar ikon seorang lelaki bertali leher dan memakai blazer duduk di atas kerusi pejabat bergelar 'STAR'.

Dalam poster yang sama, bawah daripada STAR, diwakili dengan gelaran BMW, ROLLER COASTER DAN TRIPLE B (setaraf) serta paling bawah bergelar LRT. Gelaran-gelaran tersebut menimbulkan tanda tanya kalangan pelajar apabila mereka mengasak soalan kepada ketua gerakan tersebut, Muhammad Arif Baba melalui laman facebook beliau. Namun, tiada sebarang respon balas daripadanya.

Dalam perkembangan yang sama, gerakan mahasiswa dengan moto 'dari pelajar kepada pelajar' itu  telah mengumumkan senarai calon mereka yang bertanding petang hari ini walaupun tidak menamakan calon mereka pada hari penamaan. Seramai 18 orang calon SPU terdiri daripada calon fakulti dan umum bakal bertanding.

Polemik berkaitan gerakan SPU terus disebut-sebut selepas ketua jentera Aspirasi, Arif Baba isytihar berundur dari kumpulan itu lalu menubuhkan gerakan yang disifatkannya bebas dari pengaruh politik luar.

Sementara itu, dua kumpulan utama yang bertembung sengit dalam pilihanraya kampus UPM sebelum ini, Aspirasi dan Pro-Mahasiswa sehingga kini masih 'membisu' dan belum memperkenalkan calon dari kumpulan masing-masing. Walau bagaimanapun, Aspirasi pernah mendakwa 18 calon mereka telah menang tanpa bertanding sebelum ini namun tidak pasti kebenaran dakwaan itu.-PutraNews
Tag :
There was an error in this gadget
 
© Harian Putra | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO