Gambar Dari Blok Bersebelahan |
Kejadian yang berlaku di blok L4 yang menempatkan pelajar
perempuan itu disedari oleh penghuni blok kediaman yang bersebelahan apabila
melihat api dan asap yang keluar dari bilik yang terlibat.
Menurut sumber awal, kejadian berlaku akibat komputer riba pelajar meletup dan telah mengakibatkan langsir dan tilam di bilik tersebut terbakar.
Menurut sumber awal, kejadian berlaku akibat komputer riba pelajar meletup dan telah mengakibatkan langsir dan tilam di bilik tersebut terbakar.
Pihak Keselamatan UPM dibantu pasukan Bomba dan Penyelamat Seri
Kembangan tiba sejurus kejadian tersebut dilaporkan. Pihak penyelamat mengalami
kesukaran dalam mengawal kebakaran kerana pintu dikunci dari dalam kerana
semasa kejadian, penghuni tiada di bilik.
Sumber lain pula memberitahu, tiada komputer riba dalam bilik tersebut dan punca kebakaran belum dikenalpasti. Tambahnya lagi, sebelum pihak bomba sampai, beberapa pelajar lelaki nekad memecah pintu bilik dan memadam api yang sedang marak. Bomba tiba selepas api padam.

Pelajar telah diarahkan mengosongkan blok kediaman berkenaan
serta merta dan ditempatkan sementara di Dewan Putra 2 berdekatan sehingga selesainya
proses mengawal kebakaran. Bekalan elektrik juga terputus berikutan kebakaran tersebut. Pelajar dibenarkan pulang ke bilik
masing-masing dan bekalan elektrik pulih semula.pada 10.20 malam.
Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak Bomba dan Penyelamat.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Walau bagaimanapun, berlaku pertindihan maklumat yang dilaporkan saksi kejadian menyebabkan pihak media sukar mendapat gambaran sebenar.
Tahun lepas, insiden kebakaran turut pernah berlaku di blok L2, Kolej 16 pada 30 November berpunca daripada litar pintas akibat penggunaan perkakas elektrik yang bervoltan tinggi.-PutraNews
{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment