Pemilik Misteri Lidah Putra Agresif Kritik, BHEP Jadi Sasaran

on 22 Feb 2012

Serdang, 22 Feb: Satu blog agresif mengkritik pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) dikenali sebagai Lidah Putra terus mendedahkan isu-isu kampus termasuk isu dalaman pentadbiran lantas mendapat banyak respon dari pelajar melalui ruangan komen blog.

Bersumberkan pemerhatian dalam lidahputra.blogspot.com, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dilihat menjadi sasaran utama dengan mengetengahkan isu kompleks mahasiswa sebagai isu terawal. 

Lebih misteri apabila laman tersebut mendedahkan konflik dalaman seperti kontroversi perlantikan Ketua Bahagian HEP, penglibatan suksis dan palapes dalam aktiviti pelajar dan pilihanraya serta isu-isu luaran termasuk pembahagian wang zakat, prosedur menjalankan aktiviti pelajar dan isu lain.

Pendedahan bertubi-tubi itu juga dikaitkan dengan pergerakan menjatuhkan kepimpinan Timbalan Naib Canselor (TNCHEP), Prof Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan yang dipercayai disokong kuat oleh beberapa staf BHEP berdasarkan maklumat dalaman yang diperoleh Lidah Putra. 

Sementara itu dalam perkembangan sama, laman rasmi Pro-Mahasiswa UPM kelihatan sepi tanpa perkembangan terbaru melalui promahasiswaupm.wordpress.com. Walaubagaimanapun, belum dikenalpasti sama ada berlaku masalah dalaman kumpulan pembangkang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) itu atau sebagai strategi menghadapi pilihanraya kampus. 

Aspirasi UPM pula mula mengatur langkah menjelang pilihanraya kampus, isytihar kumpulan mereka di laman sosial sekali gus membenarkan dakwaan Pro-Mahasiswa UPM bahawa kumpulan Aspirasi UPM benar-benar wujud menyertai pilihanraya kampus.

Pilihanraya kampus 2011 menyaksikan pembatalan pencalonan kumpulan Pro-Mahasiswa UPM akibat dakwaan bahawa kumpulan tersebut bertanding secara berkumpulan mengunakan media Youtube dan Facebook. Ini berikutan seorang calon kumpulan Aspirasi membuat bantahan yang membawa kepada pembatalan kemenangan dan pencalonan 33 calon Pro-Mahasiswa UPM.-PutraNews
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Harian Putra | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO