Persatuan dan Kelab Bakal Jalankan Mesyuarat Agung

on 21 Feb 2012

Serdang, 22 Feb: Persatuan dan kelab di Universiti Putra Malaysia (UPM) bakal adakan mesyuarat agung tahunan antara 27 Februari hingga 9 Mac 2012.

Merujuk notis yang dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), setiap persatuan dan kelab diseru agar memohon kelulusan untuk mengadakan mesyuarat agung pada tempoh yang ditetapkan oleh pentadbiran. Permohonan tersebut hanya boleh dibuat antara 20-24 Februari 2012.

Borang permohonan boleh didapati dengan memuat turun dari laman BHEP atau di Pejabat Unit Aktiviti Pelajar atau melalui surat makluman yang diedarkan melalui pegawai penyelaras persatuan/kelab.

Sementara itu, menurut sumber memberitahu bahawa sebahagian persatuan/kelab telah menerima maklum balas kelulusan untuk adakan mesyuarat melalui pegawai penyelaras masing-masing.

Notis yang dikeluarkan turut menjelaskan bahawa setiap persatuan/kelab berdaftar diwajibkan mengadakan mesyuarat agung selaras dengan perkara 2 dan 4 yang termaktub di dalam Perlembagaan Persatuan/Kelab yang mengharuskan semua Persatuan/Kelab mengadakan mesyuarat agung pada setiap satu [1] tahun mengikut tarikh yang dimaklumkan oleh Seksyen Pembangunan Pelajar, BHEP UPM.

Mesyuarat agung persatuan/kelab dikira penting bagi melancarkan perjalanan tahunan persatuan/kelab sebaliknya pula bagi persatuan/kelab yang tidak menjalankan arahan dikeluarkan BHEP UPM berisiko untuk disekat peruntukan atau dibubarkan.

Berdasarkan laman BHEP, UPM mempunyai 117 persatuan berdaftar mengikut 10 kategori yang disemak pada Jun 2009.-PutraNews
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Harian Putra | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO