Serdang, 22 Feb: Cuti antara semester Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bermula 16 Jan berakhir 19 Feb lepas (Isnin) menyaksikan kepulangan pelajar ke kampus yang rata-ratanya pulang pada hari Ahad.
Kesempatan cuti kira-kira tempoh sebulan memberi peluang kepada pelajar untuk bersama keluarga, menjalankan aktiviti persatuan dan kolej serta aktiviti-aktiviti seperti beriadah, mendaki gunung, berkursus dan bekerja.
Sementara itu, pelajar masukan secara fast track pada Disember lepas, iaitu kemasukan pelajar peringkat asasi yang dinilai melalui keputusan percubaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, meneruskan kuliah seperti biasa bersama pelajar asasi lain.
Memetik ucapan alu-aluan MPPUPM 2011 kepada pelajar yang diperoleh dari laman Facebook MPPUPM 2011, "Selamat kembali ke kampus dan selamat menempuhi semester baharu (Semester 2 2011/2012). Semoga perjuangan dalam menuntut ilmu diteruskan dengan penuh keyakinan dan semangat yang kental."
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM), Mohd Hazim Mohd Noh pula tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan alu-aluan kepada pelajar dengan ayat ringkas, "Selamat Kembali ke Kampus."
Semester baharu ini juga menonjolkan mood bersemangat pelajar untuk meneruskan pengajian. Ini dilihat melalui pemerhatian ke atas status laman sosial Facebook pelajar UPM yang dihantar ke laman-laman kumpulan Facebook serta status peribadi.
Pelajar mula mengikuti kuliah kelmarin, iaitu Isnin lepas sepanjang 14 minggu sehingga 3 Jun 2012 sebelum berlangsung peperiksaan akhir dijadualkan bermula 11 Jun 2012.-PutraNews
{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment