Ahmad Meseiry |
Meseiry mendedahkan bahawa bas yang disewakan hanya 12 buah semasa tempoh percubaan dikatakan tidak menampung kapasiti pelajar yang menghuni di 17 kolej sekitar UPM. UPM pernah menyewa 20 buah bas ketika Suasana Edaran Sdn Bhd mengendalikan perkhidmatan pengangkutan utama pelajar tersebut.
Jenis bas tambahan milik SKS KL |
Beliau yang turut berbincang dengan unit pengangkutan UPM, memberitahu 4 buah bas tambahan milik syarikat SKS KL disediakan Khamis lepas sebagai langkah segera. Selain itu, aduan berkaitan bas yang tidak beroperasi pada waktu sepatutnya turut disiasat.
Naib Canselor, Dato' Ir. Dr. Radin Umar Sohadi yang kerap berhubung dengan wakil pelajar pula memberitahu bahawa sistem sedia ada hanya untuk beberapa minggu sahaja kerana universiti sedang membuat tender baru sistem bas, membina laluan pejalan kaki dan laluan basikal.
Terbaru, beliau menyatakan sedang mengusahakan lorong berbasikal dan medan berbumbung pejalan kaki termasuk berbincang dengan beberapa pegawai pakar trafik, pengangkutan dan lanskap untuk mewujudkan sistem pengangkutan yang lebih lestari.
Sementara itu, YDP MPPUPM, Ahmad Bukhari A. Rahim pula berpandangan sebagai langkah pertama, pihaknya (MPPUPM) akan membuat kaji selidik dan mendapatkan cadangan daripada pelajar termasuk menjalankan kempen 'kampus hijau'.
Masalah pengangkutan awam kampus UPM dikatakan bukan masalah baru kerana dikaitkan faktor geografi dan kedudukan fakulti yang terpisah dengan kolej. Isu ini sering dibangkitkan sejak tahun-tahun lepas oleh badan kepimpinan pelajar, persatuan-persatuan, pertubuhan pelajar dan gerakan mahasiswa di UPM.-Harian Putra
{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment