Berikutan penganjuran demonstrasi 'No LGBT' di Stadium Universiti Putra Malaysia baru-baru ini, pihak Pro-Mahasiswa UPM tampil dengan beberapa pendirian. Berikut adalah respon dari wakil Pro-Mahasiswa UPM kepada pihak Harian Putra.
Pendirian ProM terhadap Perhimpunan Aman
Perhimpunan yang dianjurkan oleh Aspirasi Nasional, digerakkan oleh Aspirasi UPM di peringkat kampus. ProM menyokong tindakan aspirasi untuk turut serta bahkan terlibat dalam menggerakkan perhimpunan tersebut kerana ia jelas menunjukkan pendirian pihak aspirasi yang jelas mendokong politik kerajaan Barisan Nasional.
Teguran ProM terhadap pembohongan Aspirasi
Pengajuran perhimpunan jelas dari pihak Aman kampus yang diketahui umum adalah pro Aspirasi ini ditentang oleh Naib Yang Dipertua Pelajar Perantaan UPM 2012, Sdr Arif Baba yang mngeluarkan kenyataan seperti berikut:
Berdasarkan sumber yang diperolehi, beliau yang turut hadir ke himpunan tersebut ada mengeluarkan arahan agar mahasiswa yang hadir jangan memakai baju Aman kampus kerana dikhuatiri akan ada pihak-pihak tertentu akan mengaitkan mereka dengan perhimpunan tersebut.
ProM berharap pihak Aspirasi tidak mengelirukan masyarakat atau pelajar dengan nama program yang mengelirukan seperti pengisytiharan nama program sebagai program kesedaran aqidah kerana ini akan membuatkan peserta rasa tertipu lantas menjauhkan pelajar dari cakna isu semasa.
Pihak proM juga kecewa atas sikap Pentadbiran UPM kerana bias terutama kelapangan pentadbiran UPM untuk memberikan pengecualian kuliah dan membenarkan stadium sebagai tapak himpunan berbanding penganjuran forum-forum ilmiah dari mahasiswa yang mahukan kajian secara seimbang. Jika pihak universiti berkelapangan, ia adalah usaha yang baik bagi mengelakkan pelajar membahayakan diri untuk turun ke dataran.
"Berkenaan dengan perhimpunan ini, saya berpandangan bahawa itu hak mereka. Saya meraikan mereka untuk berhimpun tetapi tidak bermakna saya menyokong pengisiannya. Sebuah negara yang demokrasi mereka berhak untuk berhimpun mengikut perlembagaan negara." Ujar Pengerusi ProM, Sdr Tarmizi Anuar dalam satu kenyataan.
Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi seharusnya membenarkan rakyatnya untuk berhimpun bagi menyatakan suara mereka dan tidak boleh mengamalkan sikap bias dalam menangani isu,
Tahniah kepada Aspirasi UPM kerana berjaya menggerakkan program politik di UPM meskipun separuh dari lebih 40 orang peserta pulang awal hatta selepas mendapat habuan berupa wang bernilai rm20 dan T-Shirt Aman Kampus "We Love Malaysia". ProM juga cinta akan Malaysia, jika ada program seperti ini, janganlah lupa untuk mengajak kami bersama.
Tindakan yang bijak juga dikira dari pihak pentadbiran kerana menyertakan pihak suksis dan pihak keselamatan upm bukan memeriahkan majlis tetapi untuk tujuan keselamatan peserta. Itulah yang sebaiknya.
{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment