One Day Festival Labuh Tirai, Kolej 17 UPM Pupuk Keusahawanan dan Kemahiran ICT

on 20 Mar 2012

Kolej Tujuh Belas (K17), Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta revolusi baru apabila penganjuran program "One Day Festival" buat pertama kalinya 17 Mac baru-baru ini disambut meriah dengan penyertaan  600 siswa siswi. Program tersebut dianjurkan oleh Sekretariat ICT dan Penerbitan, Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Tujuh Belas dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Tujuh Belas.

Pengarah Program, Noor Hidayah Binti Che Jaffar berpandangan bahawa tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk memupuk minat pelajar terutamanya pelajar Kolej Tujuh Belas dalam bidang keusahawanan disamping mewujudkan jaringan komunikasi dan keusahawanan dengan syarikat luar.

Gerai di ruang parkir yang disediakan penuh apabila 22 peniaga daripada kalangan pelajar dan syarikat luar termasuk syarikat TS Com dari Times Square, Delima ICT Sdn Bhd, KaryaKufi, Storm Readers dan VBG Network Sdn Bhd masing-masing memasarkan produk dengan pelbagai tawaran.

One Day Festival bermula seawal jam 7.45 pagi sebaik para peniaga mula membuat persiapan di booth masing-masing. Seterusnya, pada jam 10.00 pagi, upacara program dirasmikan oleh YBhg. Dr. Mohamad Aris bin Mohd Moklas dengan penyerahan skrol program oleh wakil pelajar Kolej Tujuh Belas sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi sebagai simbolik perasmian.

Program diteruskan lagi dengan persembahan mantap oleh kumpulan Nasyid Universiti Putra Malaysia, Nahwan Nur menerusi lagu mereka, Menanti di Barzakh, Kemerdekaan Ini dan Syahadah. Lebih mengujakan apabila 17 Voices, kumpulan nasyid yang dianggotai siswa Kolej Tujuh Belas turut mempersembahkan lagu ciptaan mereka yang bertajuk Suci Cahaya.

Ashraf Muslim dan admin muslimdoktor.blogspot, Na'imah mantap di pentas sebagai panelis
(Harap maaf, kualiti gambar yang kurang memuaskan)

Sekitar jam 2.00 petang, aturacara diteruskan dengan slot "Forum Blog Awesome.” Forum Blog Awesome yang  menampilkan oleh dua orang panelis iaitu pengamal perubatan Islam En. Ashraf Muslim yang juga mendapat jolokan nama 'Ustaz Amirul' daripada lakonannya dalam filem Aku Masih Dara, dan panelis kedua, saudari Nur Na’imah Bte Amiruddin, yang mengendalikan blog peribadi beliau, muslimdoktor.blogspot.com. Forum ini dipandu lancar oleh saudara Che Naszlly Che Yunus, pelajar Fakulti Sains.
        
Syukur diberi kesempatan untuk teruskan program yang diaturkan, seterusnya, pada jam 4.00 petang, slot “Sepetang Bersama Sham Kamikaze” dimulakan dengan bengkel gitar. Tidak leka dengan petikan gitar, slot diselangi dengan solat Asar secara berjamaah. Sham Kamikaze dalam status facebook peribadi beliau sering mengingatkan para pembaca setiap waktu solat supaya solat secara berjamaah. 

Wakil pelajar Kolej Tujuh Belas juga berkesempatan membuat persembahan bersama petikan gitar oleh duta Sham Kamikaze. Pada penghujung program, duta Karyakufi itu sempat bersama peminat untuk sesi fotografi dan autograf buat kenangan para peserta yang hadir. Program berakhir sekitar jam 6.00 petang.

        Peserta yang hadir sempat bergambar bersama Sham Kamikaze

Antara aktiviti lain yang ditawarkan dalam program ini, bengkel Adobe Photoshop, bengkel fotografi, dan permainan kreatif. Pada malam 16 Mac, ceramah bertajuk "Facebook, Twitter: 360 darjah" disampaikan oleh Mursyid Imam Muda Astro, Ustaz Izhar Ariff sekali gus membuka tirai program.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Pihak penganjur berharap agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dan berharap anjakan yang dimulakan berkesinambungan pada masa hadapan.

Laporan disediakan oleh Ana Masara Ahmad Mokhtar, Sekretariat ICT dan Penerbitan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tujuh Belas, UPM dan disunting oleh PutraNews.

Ranking: 5

{ 3 komen... read them below or add one }

Anonymous said...

Tahniah kolej 17!


21 March 2012 at 01:56
Anonymous said...

Sham duta Karyakufi? Karyakufi tu kompeni ape..


21 March 2012 at 05:34
Anonymous said...

TAHNIAH K17!!


21 March 2012 at 07:23

Post a Comment

 
© Harian Putra | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO