Kira-kira 1,000 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) hadir pada program Karnival Intelek D'Kosass anjuran Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (Kosass) bermula 16 hingga 18 Mac lalu.
Pengetua Kosass, Othman Jailani berkata, program tersebut bertujuan mendedahkan pelajar mengenai aspek pengurusan organisasi selain kemahiran berinteraksi dengan orang ramai.
"Kita sememangnya menggalakkan pelajar untuk menganjurkan program berbentuk ilmiah bagi melahirkan pemimpin yang cemerlang dan berdaya saing," katanya.
Antara acara yang dianjurkan pada karnival tersebut ialah jualan buku, aktiviti luar dan buku skrap.
Turut hadir pada majlis penutup karnival itu ialah Pengurus Kosass, Mokhtar Dahari; Pengarah karnival, Mohd. Nazri Hamzah dan anak-anak yatim dari Kompleks Kebajikan Ruqayyah, Bandar Baru Bangi.
Sumber berita: Kosmo Online
{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment