Showing posts with label sumber lain. Show all posts
Showing posts with label sumber lain. Show all posts

Pelajar Maut Disambar Petir

on 3 Apr 2012

Serdang, 3 Apr – Seorang pelajar yang menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana di Universiti Putra Malaysia (UPM), terbunuh dipanah petir manakala rakannya cedera, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang, mangsa Muhamad Mustaqim Muhamad Kamarul dan Muhammad Yusop,  masing-masing berusia 16 tahun, dikatakan baru selesai bermain bola di Padang A UPM.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang menunggu bas di bawah pokok untuk pulang ke sekolah masing-masing.
Menurutnya, insiden disedari beberapa pelajar yang turut berada berhampiran padang berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada seorang guru.
“Ketika kejadian, salah seorang guru memberitahu keretanya bergegar sebelum didatangi pelajar yang memberitahu dua pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam itu dipanah petir.
“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang, namun salah seorang daripadanya, Muhamad Mustaqim dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke rumahnya di Padang Jawa, Klang sebelum dikebumikan di kampung ibunya di Felda Jengka Pahang.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya lagi kepada Sinar Harian.
Sumber berita: Sinar Harian
Tag : ,

Karnival Intelek D' Kosass Meriah, Penyertaan 1000 Pelajar Tercapai

on 21 Mar 2012

 
Kira-kira 1,000 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) hadir pada program Karnival Intelek D'Kosass anjuran Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (Kosass) bermula 16 hingga 18 Mac lalu.
Pengetua Kosass, Othman Jailani berkata, program tersebut bertujuan mendedahkan pelajar mengenai aspek pengurusan organisasi selain kemahiran berinteraksi dengan orang ramai.
"Kita sememangnya menggalakkan pelajar untuk menganjurkan program berbentuk ilmiah bagi melahirkan pemimpin yang cemerlang dan berdaya saing," katanya.
Antara acara yang dianjurkan pada karnival tersebut ialah jualan buku, aktiviti luar dan buku skrap.
Turut hadir pada majlis penutup karnival itu ialah Pengurus Kosass, Mokhtar Dahari; Pengarah karnival, Mohd. Nazri Hamzah dan anak-anak yatim dari Kompleks Kebajikan Ruqayyah, Bandar Baru Bangi.
Sumber berita: Kosmo Online
Tag :
 
© Harian Putra | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO