MPPUPM Bersama Kelab Rukun Negara Edar Bubur Lambuk, Erat Hubungan Warga Kampus

on 24 Feb 2012

Serdang, 25 Feb: Bubur Lambuk sering dikaitkan dengan aktiviti gotong-royong yang menjalinkan hubungan sesama masyarakat. Kelmarin (Khamis), MPPUPM bersama Kelab Rukun Negara UPM mengambil peluang di minggu pertama masuk semester dengan edarkan bubur lambuk kepada pelajar dan kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM).

(Sumber gambar: Lidah Putra)

Sebanyak 1000 bungkus bubur lambuk diedarkan antara jam 5.00 hingga 6.00 petang di kafeteria Kolej Serumpun oleh 15 sukarelawan terdiri daripada MPPUPM dan ahli Kelab Rukun Negara UPM.

Menurut seorang pelajar yang terima bubur lambuk tersebut, beliau berpendapat program yang mengeratkan hubungan sesama pelajar dan staf mesti disuburkan.

"Program seperti ini dan apa pun yang mengeratkan hubungan sesama pelajar dan staf mesti disuburkan. Pasal edar bubur lambuk ini, kalau kacau sama-sama lagi best dan memang sesuai dengan masanya lebih-lebih lagi PTPTN pun belum masuk lagi."kata beliau dengan nada bergurau.

Walaubagaimanapun, menurut maklum balas yang diterima, sebahagian pelajar kecewa kerana hanya beberapa MPPUPM yang 'turun padang' sedangkan MPPUPM dianggotai 43 orang.

Seorang MPPUPM yang tidak hadir sempat dihubungi mendakwa bahawa mereka tidak mendapat maklumat untuk turut bersama 'turun padang' bagi mengedar bubur lambuk tersebut.-PutraNews

Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Harian Putra | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO