Lynas Ditolak Bukti Kerajaan Gagal Yakinkan Rakyat

on 25 Feb 2012

Serdang, 25 Feb: Himpunan Hijau 2.0 yang bakal berlangsung esok di Kuantan, Pahang turut mendapat respon daripada Pengerusi Pro-M UPM, Tarmizi Anuwar. 


Himpunan tersebut yang bertujuan membantah secara besar-besaran operasi kilang nadir bumi milik Lynas, syarikat dari Australia itu turut disokong oleh gerakan yang lebih selesa disebut gerakan mahasiswa peringkat nasional seperti SMM, GAMIS, dan PKPIM.



Menurut Tarmizi, "Apa pun propaganda oleh kerajaan, penduduk Kuantan khususnya dan orang Malaysia amnya tetap tidak mahu kilang itu didirikan dan kerajaan Malaysia, Lynas mesti akur dengan tuntutan awam ini. Ini menjadi bukti bahawa kerajaan telah gagal yakinkan rakyat".

Beliau juga seru mahasiswa untuk turut bersama menyokong Gerakan Anti-Lynas untuk desak kerajaan hentikan projek yang membawa mudarat besar ini. Justeru, beliau juga mengajak pelajar yang berkelapangan esok diajak turun ke Kuantan. 

Berkaitan Himpunan Hijau 2.0 esok, penerangan yang dianjurkan oleh gerakan mahasiswa tentang isu kilang nadir bumi Lynas sebelum ini juga dibuat melalui wacana, forum, kempen, dan menggunakan media elektronik.

Himpunan yang dijadualkan antara 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari itu juga mendapat kebenaran daripada pihak polis dengan 12 syarat yang dikenakan termasuk peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang, membuat bising, memberi apa-apa syarat yang boleh menganggu keselamatan awam.-PutraNews
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Harian Putra | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO