Prof Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo, Dilantik Sebagai TNC (JIM) UPM

on 10 Sept 2012


Serdang, 10 Sept: Prof Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM menggantikan Prof Dr. Tai Shzee Yew yang tamat tempoh perkhidmatannya bagi jawatan tersebut 31 Ogos lepas.

Prof Dr-Ing. Ir. Renuganth menjalankan tugas beliau berkuatkuasa mulai 1 Sept 2012 hingga 31 Ogos 2015. Beliau berkelulusan Bacelor Kejuruteraan (Kepujian) dari Institut Teknologi Bandung, Indonesia, Master in Launches and Satellites dari Ecole National Supérieure de Aéronautique et de Espace, Toulouse, France serta PhD dari Technische Universität Dresden, Dresden, Jerman.

Anak kelahiran Kedah ini telah berkhidmat di UPM hampir 9 tahun dengan memulakan karier sebagai pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan pada 2003, seterusnya dilantik sebagai Profesor Madya pada 2008 dan bergelar Profesor pada 2012.

Antara lapangan profesional yang diceburi ialah dilantik sebagai President (International), Committee on Space Research (COSPAR).

Sepanjang perkhidmatan di UPM, beliau bergiat aktif dalam bidang penyelidikan terutamanya dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa, Kesarjanaan beliau diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Portfolio yang akan dipegang oleh beliau adalah mengetuai dan bertanggungjawab dalam keseluruhan pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) serta menguruskan jaringan UPM dengan industri dan masyarakat dalam usaha memantapkan kualiti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan pengembangan maklumat kepada masyarakat amnya.

Ahli pengurusan UPM menyifatkan perlantikan Prof Dr.-Ing Ir. Renuganth Varatharajoo akan memberikan sokongan sepenuhnya dalam memastikan UPM terus kekal sebagai universiti penyelidikan terutama mewujudkan jaringan dengan komuniti yang merangkumi semua kumpulan pemegang taruh seperti industri, alumni, masyarakat serta institusi tempatan dan antarabangsa.

Pengalaman Prof. Dr.-Ing Ir. Renuganth Varatharajoo yang luas dalam bidang penyelidikan mampu mendukung matlamat ketiga Pelan Strategik 2011-2013 UPM iaitu memperkasakan penglibatan komuniti untuk penjanaan dan perkongsian ilmu.

Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo boleh dihubungi melalui 012-2870004

Sumber berita dari laman rasmi UPM dan disunting oleh PutraNews
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Harian Putra | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO