Serdang, 22 Sep: Dua hari sebelum hari mengundi, ketua jentera Aspirasi UPM, Muhammad Arif Baba hari ini membuat kejutan apabila menarik diri daripada kumpulan Aspirasi dan menubuhkan Siswa Penggerak Universiti (SPU) UPM.
Arif Baba |
Berikutan pengunduran itu, Arif turut isytihar menubuhkan Siswa Penggerak Universiti (SPU) yang menurutnya sebagai gerakan baru pelajar yang menyokong matlamat universiti dan negara yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana entiti atau parti politik dari dalam dan luar kampus.
SPU juga dikatakan akan menghantar calon dalam pemilihan MPP pada tahun ini. Penamaan calon yang telah berlalu menimbulkan kemungkinan bahawa calon SPU terdiri daripada kalangan calon bebas yang mendaftar semasa hari penamaan.
Menurut sumber tertentu, kumpulan Aspirasi dikatakan retak sejak selepas peristiwa 23 Februari tahun lepas melibatkan staf di Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan pelajar dari kumpulan tersebut.
Penubuhan Siswa Penggerak Universiti (SPU) yang baru diperkenalkan di UPM menimbulkan tanda tanya sama ada mempunyai kaitan dengan Penggerak Mahasiswa di Universiti Malaya atau sebaliknya.
Sehingga kini, tiada perkembangan terbaru siapa yang menggantikan posisi Arif selaku ketua jentera Aspirasi. Penubuhan SPU menimbulkan kemungkinan penentangan empat penjuru antara kumpulan Aspirasi, SPU, Pro-Mahasiswa dan Bebas dalam PRK Selasa ini.-PutraNews
{ 2 komen... read them below or add one }
Biar betul, 2 hari lagi nak PRK...
22 September 2012 at 03:53
mula mula SPM PASTU SPA PASTU SPRM PASTU SPERMA HIHI LOLLOL
22 September 2012 at 10:59
Post a Comment