"Kami Tidak Mengeluarkan Sebarang Tiket Calon Kepada Ahli"-PMIUPM

on 21 Sept 2012

Serdang, 22 Sep: Walaupun ada pihak yang mendakwa Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) merancang untuk mengumumkan calon mereka dalam pilihanraya kampus 25 September ini, namun dakwaan tersebut dinafikan PMIUPM.

Dakwaan tersebut muncul apabila peraturan pemilihan menetapkan "mana-mana calon yang bertanding di dalam pemilihan MPP boleh bertanding sama ada atas kapasiti individu atau boleh bertanding 'mewakili mana-mana kumpulan' pelajar di dalam kampus (pindaan 2012)" 

PMIUPM yang sering dikaitkan dengan menghantar calon di bawah kumpulan Pro-Mahasiswa tahun-tahun sebelumnya, tidak mengeluarkan sebarang tiket calon kepada ahli mereka dan tidak menyekat ahli mereka untuk bertanding di bawah mana-mana kumpulan atau individu.

Menurut sumber daripada laman rasmi PMIUPM menyatakan, "Kami tidak mengeluarkan sebarang tiket calon kepada ahli atau pun pimpinan PMIUPM untuk bertanding dalam PRK bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

"Kami tidak menyekat dan terpulang pada ahli dan pimpinan sama ada mahu bertanding ataupun tidak."

Tahun-tahun sebelum ini, Jawatankuasa Pemilihan (JKP) menetapkan calon yang bertanding tidak dibenarkan bertanding dan berkempen secara berkumpulan mengakibatkan 11 calon Pro-Mahasiswa yang telah menang dibatalkan pencalonan dan kemenangan mereka berikutan mendapat bantahan kemenangan daripada seorang calon Aspirasi. 

Peraturan dengan pindaan kali ini dianggap lebih longgar apabila calon dibenarkan bertanding berkumpulan tetapi hanya di bawah pertubuhan atau persatuan berdaftar sahaja.

Selain itu, kempen menggunakan media elektronik turut dibenarkan bersyarat dan perlu mengikut prosedur yang ditetapkan JKP. Sejak tempoh kempen dibenarkan, calon mula berkempen di laman-laman sosial namun setakat ini belum ada calon yang memperkenalkan di bawah mana kumpulan mereka bertanding-PutraNews
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Harian Putra | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO