PRK UPM 2012: Sistem E-undi Kekal, Bentuk 5 Jawatankuasa-NC

on 19 Sept 2012

Serdang, 19 Sep: Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau pilihanraya kampus (PRK) UPM tahun ini kekal menggunakan sistem e-undi yang telah diperkenalkan sejak 2003 di universiti tersebut. 

Naib Canselor UPM
Menurut Naib Canselor UPM, Dato' Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, UPM akan menggunakan sistem e-undi untuk pemilihan MPP tahun ini yang telah diuji kesahihannya oleh semua pihak dan pengundian berjalan baik dan telus. 

Beliau turut menjelaskan, lima jawatankuasa telah dibentuk, berbeza dengan PRK sebelum ini. Jawatankuasa Pelaksana diketuai Prof Azim, merupakan pereka sistem e-undi yang juga sebagai Dekan Fakulti Sains Kejuruteraan dan Mekanikal pada masa itu.

Sementara itu, Jawatankuasa Audit diketuai oleh Pengarah Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Prof Datuk Kamel termasuk beberapa pelajar sebagai wakil.

Bagi Jawatankuasa Bantahan, Prof Ahmad Ismail yang merupakan Presiden Pegawai Akademik dipilih mengetuai jawatankuasa tersebut manakala Jawatankuasa Rayuan diketuai oleh Prof Madya Dato Idris Abdul bersama penasihat undang-undang, Prof Madya Dr Rozanah.

Jawatankuasa Induk yang memerhati kelangsungan pemilihan keseluruhan pula diketuai oleh Timbalan Naib Canselor, Datuk Prof. Dr. Mohd Fauzi Ramlan .

Tambahnya lagi, mereka yang dilantik terdiri daripada individu yang disegani dalam kalangan pegawai, pelajar dan masyarakat. Beliau (Naib Canselor) turut memerhati perjalanan pemilihan keseluruhannya.

Dalam kenyataan yang sama, Naib Canselor juga berharap pelajar dan wakil memberi penumpuan kepada politik dalaman kampus dan meminta mahasiswa supaya jauhi pengaruh luar yang akan merendahkan martabat sebagai mahasiswa.

"Saya amat mengharapkan pelajar dan wakil memberi penumpuan kepada politik dalaman kampus, bagaimana kita sama-sama boleh memajukan kampus, meningkatkan sahsiah pelajar, meningkatkan suasana pembelajaran, melestarikan alam sekitar dan lain-lain. Minta jauhi pengaruh luar kerana ia akan merendahkan martabat mahasiswa itu sendiri." jelas beliau.

Berikutan penjelasan daripada Dato' Ir. Dr. Radin Umar, Pengerusi Pro-Mahasiswa UPM, Tarmizi Anuwar dalam kenyataan ringkas menyambut baik cadangan penambahbaikan dan bersama dalam membuat penambahbaikan demi martabatkan universiti sekiranya pihak universiti melaksanakan dasar yang baik untuk warga universiti dan mahasiswa khasnya.

Pilihanraya kampus UPM akan berlangsung 25 September ini menyaksikan perebutan 11 kerusi umum dan 36 kerusi fakulti dengan 23 calon umum dan 61 calon fakulti yang bertanding keseluruhannya. Walaubagaimana pun, pengumuman rasmi akhir tentang calon yang layak bertanding akan diketahui 20 September (esok) pada 4.00 petang seperti dijadualkan.

Sehingga perkembangan terkini, lapan calon telah menang tanpa bertanding masing-masing di Fakulti Sains, Fakulti Sains Teknologi Makanan, Sekolah Pengajian Siswazah (SGS) dan Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan (GSM).-PutraNews.    
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Harian Putra | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO