Pameran Malaysia Technology Expo (MTE) 2012: UPM Raih 6 Emas

on 28 Feb 2012

Kuala Lumpur, 29 Feb – Pameran Malaysia Technology Expo (MTE) 2012 menyaksikan pengiktirafan di peringkat kebangsaan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) yang meraih 6 pingat emas, 8 perak dan 14 gangsa.


Dalam pameran itu, sebanyak 29 projek UPM dipertandingkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 16-18 Feb baru-baru ini terdiri daripada Kluster Manufactured Article, Plan, Prototype dan Model.  


Salah seorang pemenang pingat emas, Prof. Madya Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dengan produknya Phonic Tutor Software for Visually Dyslexic Children, iaitu satu perisian visual bagi kanak-kanak Disleksia yang pertama dihasilkan di Asia Tenggara. 


Pameran MTE pada kali ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana matlamat utama penyertaan bukan sahaja usaha mendapatkan pingat, tetapi untuk mempromosikan produk-produk UPM untuk dikomersialkan. 


Pameran itu juga menampakkan kesungguhan usahawan syarikat usahasama UPM (JV) mempromosikan dan menjual produk hasil teknologi UPM secara terus kepada pengunjung pameran. 

Antara produk yang mendapat jualan yang menggalakkan adalah UPM B10: Cecair Biobaja untuk pengeluaran tanaman lestari (Biofertilizer), keluaran syarikat PhytoGold Sdn. Bhd., Therapeutic Herbal Bath (Putra Aromatic), keluaran syarikat EtlinGEra Sdn. Bhd., dan jualan anak-anak pokok, jus buah-buahan dan baja dari Taman Pertanian Universiti (TPU). 

Berikutan prestasi yang cemerlang dalam penyelidikan yang dipamerkan dalam MTE 2012 itu, sebanyak 15 syarikat telah berminat untuk mengadakan kerjasama penyelidikan dan perundingan dengan UPM.

UPM telah dianugerahkan tempat kedua bagi Best Booth Design Bare Scheme Category yang disampaikan pada majlis makan malam Malaysian Association Research Scientist (MARS), selaku penganjur rasmi bagi MTE 2012.

Pemenang pingat emas:


1) Prof. Madya Dr. Vijayaletchumy Subramaniam, Fak. Bahasa Moden dan Komunikasi, Phonic Tutor Software for Visually Dyslexic Children

2) Dr. Siti Khairunniza Bejo, Fak. Kejuruteraan, Mangrove Forest Mapping
3) Dr. Annie Christianus, Fak. Pertanian, A reliable and inexpensive environmental pollution indicator & A high-performance fish biliary polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs) detection kit
4) Dr. Mokhtar Hj. Nawawi, Fak. Pengajian Pendidikan, Simple Explicit Animation (Sea) For Teaching Organic Reaction Mechanism
5) En. Ezrin Mohd Husin, Institut Teknologi Maju, SOILPROP: Soil Properties Mapping System


Pemenang pingat perak


1) Prof. Dr. Luqman Chuah Abdullah, Inst. Perhutanan Tropika dan Produk Hutan, Building Products Having Phase Change Materials

2) Prof. Madya Dr. Rahmita Wirza O.K. Rahmat, Fak. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Automatic Boundary Detection of Wall Motion in Two-dimentional Echocardiography Images & Automated System for Identification and Quantification of Lesions in Coronary Arteriograms
3) Prof. Madya Dr. Ahmed Osumanu Haruna, Fak. Sains Pertanian dan Makanan, New approach of recycling peat soil water in agriculture 4) Dr. Rosnah Shamsudin, Fak. Kejuruteraan, A Rolled Tart Machine
5) Prof. Madya Sr. Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff, Inst. Teknologi Maju, A Portable Multi Band Sensor for Fruit Maturity Detection
6) Dr. Ainun Zuriyati Mohamed @ Asa''''''''ari, Inst. Perhutanan Tropika dan Produk Hutan, Water resistant paper made from Malaysian cultivated kenaf whole stem fibres 
7) Dr. Rajesh Ramasamy, Fak. Perubatan dan Sains Kesihatan, A Novel Technology for Isolating Human Mesenchymal Stem Cells from Umbilical Cord Tissues



Pemenang pingat gangsa


1) Prof. Dr. W. Mahmood Mat Yunus, Fak. Sains, New Sensor for Detection of Heavy Metal ions in Drinking Water

2) Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Fak. Sains, A Method of Producing Biodiesel Using Heterogeneous Catalytic System
3) Prof. Dr. Mohamed Othman, Fak. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Network Load and Packet Loss Optimization during Handoff using Multi-scan Approach 
4) Prof. Dr. Dzolkhifli Omar, Fak. Pertanian, Green lacewing, Apertochrysa sp. (Neuroptera: Chrysopidae) for insect pest control
5) Prof. Dr. Jayakaran Mukundan, Fak. Pengajian Pendidikan, English Language Teaching Textbook Evaluation Checklist
6) Prof. Dr. Hashim Musa, Fak. Bahasa Moden dan Komunikasi, Malay Ethno-Profiler
7) Prof. Madya Dr. Badlishah Sham Baharin, Fak. Sains dan Teknologi Makanan, Optimization of Squalene Recovery from Palm Fatty Acid Distillate using Pressure Swing Supercritical Fluid Extraction
8) Prof. Madya Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, Fak. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, New Network Traffic Analyzer & BB84 Encryption
9) Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Fak. Pertanian, Sarcocystis Singaporensis: A Safe Biorodenticide for conservation of Barn Owl (Tyto Alba)
10) Prof. Madya Dr. Radziah Othman, Inst. Pertanian Tropika, Phosphate Solublizing Bacteria for Enhanced Growth of Aerobic Rice
11) Dr. Maria Chong Abdullah, Fak. Pengajian Pendidikan, Investigating the Relation between Media Violence and Aggressive behaviour among School Children by using Children Aggression Inventory
12) Dr. Hazilawati Hj. Hamzah, Fak. Perubatan Veterinar, Role of Morinda citrifolia in Inhibiting the Proliferation of Leukaemic Cells in Rat Model
13) Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef, Fak. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, FText: Fuzzy Text Extractor 

Sumber: Portal Berita Kampus UPM , Pejabat Pemasaran dan Komunikasi UPM dan disunting PutraNews.
Ranking: 5

{ 1 komen... read them below or add one }

Anonymous said...

Tahniah UPM!


28 February 2012 at 10:51

Post a Comment

 
© Harian Putra | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO